Monday, October 26, 2009

Selamat Hari Lahir Ibu

Selamat Hari Lahir Ibu...

Lama Ibu tunggu ucapan itu. 3 hari lepas hari lahir Ibu. 27 tahun. Tiada yang istimewa dari sepatutnya. Ibu terima. Ibu selalu senyum untuk mentawarkan kesan luka. :-)

Sakit itu datang lagi

Mungkin macam physcho bila Ibu membahasakan diri 'Ibu' dan 'Ayah' disini. Entahkan Suri akan wujud entahkan tidak. Tetapi Suri seolah peneman Ibu disini, pendengar setia. Ayat Ibu lancar dengan keadaan itu, Ibu betul-betul selesa untuk bercerita.

Ibu tak cantik, itu dah lama ibu tahu. Tanpa siapa-siapa bagitahu pun Ibu tahu. Bila Ayah terima Ibu, Ibu anggap Ayah tak kisah tentang itu. Tekanan tentang Suri, tentang kerja dan tentang badan ibu bertimpa-timpa. Selera Ibu bertambah dengan Progyluton. Itu untuk Suri, Ibu tahu risiko nya, ibu sanggup. Tak tertahan-tahan selara ibu. Badan ibu dh macam belon panas aktif . Hahaha~ Buruk sangat Suri. Bila orang menggasak tanya tentang Suri, bila orang gelakkan badan buruk Ibu, Ibu ikut melawak dan tertawa. Hakikatnya hati Ibu tersayat, sakit sungguh. Bila semua itu mengejar Ibu, Ibu hanya mampu menangis.

Itu orang-orang lain. Ibu persetankan saja. Bila Ayah sendiri yang mempersendakan tentang buruk Ibu itu. Air mata Ibu tak mampu untuk membasuh sakit Ibu. Bila orang yang kita percaya, tempat Ibu sandarkan segalanya. Orang sepatutnya menyokong Ibu. Ibu patah. Ibu menulis ini dengan air mata.

Monday, October 12, 2009

Sebuah kedatangan

Ayah dan Ibu terlalu mendambakan Suri. Buat masa ini, kami berusaha setakat termampu. Ayah semakin tekun sujud kepada Pencipta. Mendoakan rezeki Suri, mendoakan Ibu. Mengharapkan sejahtera ke atas kita semua. Ibu sedikit terkesan dengan sikap Ayah. Malu sendiri. Ayah semakin banyak berubah. Sikap tanggungjawab Ayah terserlah. Ringan tulang menolong ibu. Ibu bahagia. Kami cuba mengimbangi diet. Tambahan makanan. Proviton. Ibu juga cuba mengatur menstrual, Prugyluton diambil lagi. Itu usaha dan doa, semoga makbul. Kadang-kadang Ibu sedih,kecewa dan hampa.Tapi Ayah sentiasa disisi sedia temani. Susah untuk Ibu luahkan kepada siapa-siapa. Ibu pendam sendiri. Juga tulis disini.

Hari muka

:-) Aku masih kelu untuk berkata disini. Celaru. Keras tangan. 7 bulan bersama mengenal dunia. Masih tiada cahaya, Suri dihati kami. Mungkin akan ku cerita disini nanti tentang penantian Suri. Akan aku namakan ruang ini Rumah Suri.

Wednesday, July 8, 2009

Tipu atau Tidak Tahu Erti Jujur

The truth may hurt for a little while but a lie hurts forever.

Monday, May 25, 2009

Suami dari kacamata aku

Hari semalam yang manis.