Friday, February 27, 2009

Akhir

Hari terakhir disini. Harap tiada apa yang tertinggal. Banyak perkara menambah gusar dan menggasak fikiran.

Thursday, February 12, 2009

Part of me

Semalam aku cuti. Alasan food poisoning. Badan letih amat. Minda terbeban. Rehat semahunya. Lunch tersedia. Bahagia. Kempunan ais krim dr minggu lepas. Kesian si demam mengagau ais krim lewat malam. Sayang juga dia pada aku, bisik hati ku. Bodoh sungguh! Sudah nampak lama, jangan dibutakan hati, usah dibatukan jiwa. Dia separuh dari ku. Mana aku mampu hidup tanpa yang lagi separuh.

Tuesday, February 10, 2009

Ours

3 hari cuti. Cuma cuti kerja pejabat. Penat tapi puas hati. Rumah baru hampir lengkap penuh. Sedia terima famili. Lebih dari cukup untuk kami yang masih bertatih. Ibuku risau, kami selalu berdua. Tangkap akan dapat malu katanya. Aku senyum saja. Waktu hampir suntuk. Jiwa semakin kalut. Minda kusut. Serabut. Doaku lagi..semoga semuanya lancar. Sedikit takut.

Friday, February 6, 2009

Lega Sudah

Agak rancak untuk aku mengetuk papan kekunci di sini. Mungkin rasa baru, teruja. Selesai sudah membeli alatan rumah baru, stoknya cukup pula di situ. Aku suka. Tak suka tangguh lagi. Memerah kudrat yang ada, agak berat juga. Seorang sahabat dipungut kawan lain yang ada disana. Kebetulan yang betul2 melegakan dan menyelesaikan. Dipungut? Maksudku dia pulang bersama yang lain, bahasa halusnya :-)

Citra Cinta

Meneruskan hari dengan tenang. Badan agak kurang sihat, kepala berat. Kurang rehat. Boss Macho xde plak arini, hanya ada dlm ruang maya kerja mengatur arahan. Boss Jozan ada menceriakan rumah ikan. Td pagi meter minyak berkedip tanda kad hutang ku akan bertambah jumlah. Pening berganda. Masa depan harus dicakna sebaiknya. Sangka ku bekalan air bermasalah pagi td, bantut urusan wajib pagi ku. Termangu mencari punca dan solusi. Mahu tergelak, senyum sahaja usai. Selamanya akan hidup bersama, nakal sungguh. Keletah bahagia. Ada saja dia.

Thursday, February 5, 2009

Us and others

Terlalu banyak untuk aku bercerita disini. Menulis apa yang telah tertulis untuk aku. Banyak perkara berlaku, masih baru. Lagi 31 hari untuk aku menukar status diri afta 615 days we've been together. Kenal 3 tahun sudah. Dia..yang tersayang pilihan ku semestinya. Jua yang direstui. Terlalu sesak nafasku bila memikirkan waktu yang hampir, tp harus kami terusi dan halusi dengan tertib. Bertunang dengan majlis yang ringkas tp cukup membahagiakan dan bermakna untuk aku. Tanda diri diikat dengan kasih sayang, komitmen dan tanggungjawab. Terlalu banyak Tuhan menduga...syukur kami tidak tersilap percaturan. Makin mengikat kami ku rasa. Buat insan yang pernah ku sayang, aku sudah membuat pilihan. Langkah harus diteruskan. Maaf mungkin perkataan yang tidak bermakna apa2 lagi. Hanya mampu diam. Bukan melupakan, tapi meneruskan hidup.

Hanya SATU ku mohon pada yang SATU. Ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, satukan dan bahagiakan lah kami dalam kasih dan barakah mu, ku mohon Tuhanku!

Tepu

A lil bit bz for today. Boss macho assignkan task biasa yang agak membosankan. Bisa menjemput migrain,tepu. Terpisat-pisat biji mata aku merenung monitor Lenovo, mengantuk menambah beban. Lunch td berborak dgn sahabat, malang menimpa yang hampir senasib dgn ku, pecah rumah. Laptop, berkepuk2 syiling tabungan bertahun, jam tangan hadiah harijadi bapa..semua bertukar rezeki empunya. Tumpang sedih. Si darah manis juga ditanya pelbagai soalan berkisar persiapan ke alam lain, rumahtangga. Seronok bercerita, melupakan seketika kerja tepu otak. Astro rumah masih bermasalah. Bole pulak kad sim dan dekoder org lain yang punya. Patutla lain cenel pilihan. Bukan masalah besar. Excited untuk pulang. Rumah baru, semangat.

Wednesday, February 4, 2009

Citra Pertama


Salam Semua Makhluk Tuhan


Hari pertama disini walaupun ini bukan kali pertama aku berblog.

CITRA.CERITA.CINTA

Bisa menjadi sebuah ruang lain untuk aku hidup. Mungkin. Dengan Izin.