Tuesday, March 31, 2009
Sayap Suami Patah
Walimah selesai sudah. Pihak aku mahupun dia. Hutang kasih buat saudara dan sahabat. Kewangan sedikit goyah. Tak suka tanpa simpanan. Rezeki bertambah. Keadaan tak dijangka, sapa sangka. Ada hilang. Ada ganti. Buruk pergi. Baik kembali. Urusan yang di Atas. Kami turuti. Usaha kami seperti selalu, namun masih menemui jalan buntu. Aku kelu. Pilu. Mati kutu. Sebu. Cuma suami peneman setia. Terkadang aku bukan aku. Lupa siapa diriku kepada suami ku. Ampun suami, aku lupa aku isteri. Sayap kanan kepada mu. Aku mahu, belum mampu. Maaf!
Monday, March 16, 2009
Senyum Suami
Senyum sendiri. Kesian suami. Sudah seminggu, namun kami masih begini. Hujung minggu pertama bersama keluarga baru. Pengalaman baru yang indah. Seronok punya ramai ahli. Ada tua, ada muda. Gelak ketawa, menjemput bahagia. Kamera arwah sudah. Sedih tapi harus redha. Betul kata suami, suami isteri akan dikurniakan sifat belas kasihan dan berkasih sayang. Aku penat, bertambah tugas dan tanggungjawab. Namun cuba untuk tidak menidakkan suami. Entah dari mana kekuatan. Magik. Amat bahagia. Punya tempat manja. Tekanan lerai. Aman. Cuma aku masih takut.. :-)
Tuesday, March 10, 2009
Citra Cinta Pertama
:-) Alhamdulillah, ku panjat syukur tidak terhingga. Allah makbulkan doa hamba. Selesai sudah majlis, selesai sudah gusar didada. Ringan sedikit beban. Permulaan sebuah cerita cinta. Citra cinta buat seorang teman hidup. Masih kekok, masih ada sedikit takut. Masa amat perlu untuk membiasakan diri. Usai majlis, seperti ingin terbang tinggi. Kini tanggungjawab ke atas diriku dipundaknya, dan aku sebagai penguat disisi kanan dan kiri. InsyaAllah, baik-baik saja hendaknya. Menjelang majlis, dugaan semakin tiba sekaligus meleset tekaan sumua akan lancar. Ada yang sudah ku jangka, cuma kekuatan jiwa sebagai senjata. Terkemudian,aku menangis di subuh hari. Mata berat, hati memberontak, jiwa berselirat. Pagi sebelum akad, ku hadiahkan arwah ayah sebuah surah dipusara. Tanda dia sentiasa dihati, minta izin lepaskan diri ku pergi. Bersama dia di sisi. Aku kini bergelar isteri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
