Monday, May 25, 2009

Suami dari kacamata aku

Hari semalam yang manis.

Tuesday, May 12, 2009

"Selamat Hari Ibu". Jika itu yang Ibu mahu.

Lewat senja semalam, aku menjawab panggilan Ibu. Hatiku keras. Lidah kelu. Anakmu degil Ibu, seperti dulu.

Usai panggilan. Hatiku luluh, airmata luruh. Suami pulang. Senyum penutup sebal.

Dari dulu, 3 cara ubat diri.

Pertama : Tidur. Lari dari dunia. Seberapa lama mampu.
Kedua : Ku tenggelamkan dunia melalui pembacaan. Hayati cerita, citrakan alam.
Ketiga : Bius fikiran dengan Snake atau Carom. Biar sendi kebas.

Malam td, pilihan kedua. Laksamana Sunan membawa aku ke laut luas. Bagaikan Puteri. Suami curiga. Galak bertanya apa yang tidak kena. "Suami Isteri tidak semua mesti dikongsi." Jawapan aku. Mata masih di buku. Bukan niat meletak suami di sisi satu lagi. Apa lagi di tapak kaki. Cuma cuba simpan sedih sendiri.

Lewat malam. Mata buntang. Otak terbejat. Hati ku tak kebal. Jiwa ku tak ampuh. Sekian kali. Airmata jatuh lagi. Biar pergi. Mencari diri sendiri.